Название | Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah) |
---|---|
Автор произведения | Amy Blankenship |
Жанр | Ужасы и Мистика |
Серия | |
Издательство | Ужасы и Мистика |
Год выпуска | 0 |
isbn | 9788835427674 |
Damon memakai baju hitam tidak kisah pun untuk mengenakan butangnya. Mengurut jarinya ke rambut, dia buka pintu bilik tidurnya dan menyandar di bingkai untuk merenung ruang jalan. Dia boleh dengar setiap bunyi dari pancuran mandi, tapi itu tidak membuatnya mushkil seperti bunyi yang dibuatnya semasa tidur tadi. Dia bertanya jika Alicia tahu bahawa katil-katil mereka cuma bersebelahan antara dinding batu yang nipis.
Dia mengaum diganggu dari lamunannya bila dia terdengar ketukan di tingkat bawah. Menolak dirinya dari pintu, dia memutuskan untuk menghalau tetamu tidak diundang itu secepat yang boleh. Bukannya pertama kali dia menakutkan seseorang supaya lari.
Membuka pintu kuat, Damon mengangkat kening pada orang asing itu. "Apa?".
"Kamu bukan Michael", kerut Micah kenal lelaki itulah yang bersama adiknya malam tadi. Dia sangka Michael tinggal seorang. Melihat lelaki itu berdiri separuh bogel dan menghalang bukaan pintu membuatkan Micah mahu kepastian dia tidak keluar katil yang sama dengan adiknya.
“Okay, begitu juga kamu", kata Damon mengugut.
Micah rasa kebinatangannya naik mendadak. "Mana Alicia?".
Cara lelaki itu sebut nama Alicia menyedarkan Damon siapa yang mengelapkan pintunya. Malam semalam muka harimau bintang itu lebam, bengkak dan berdarah... tidak seperti saingan yang dia akan hentam pintu ke muka itu.
Damon memandang Micah atas ke bawah dengan mata tajam memutuskan dia tidak perlu peningkan kepala. "Dia sibuk. Datang semula esok". Dia cuba tutup pintu tapi lelaki yang lebih besar itu lebih cepat dari sangkaannya dan berada di dalam rumah sebelum pintu tertutup.
"Saya boleh bau dia". Micah menyingai mula marah. "Alicia!" jeritnya tidak suka lelaki itu lebih lagi setiap minit. Dia tahu lelaki itu sebahagian dari penyelamatnya malam tadi, tapi itu tidak bermakna jika dia tidak beritahunya di mana Alicia.
Micah mula naik tangga tapi tiba-tiba, Damon sudah ada di anak tangga atasnya menjeling padanya. Mata mereka bersetentang dan Micah rasa takut dan tidak disukai... sehingga seorang gadis bertuala berlari turun kepadanya.
Alicia terdengar Micah jerit namanya dan gembira sangat, dia tidak sempat menukar pakaian tapi ambil tuala terdekat dan berlari ke suara itu. Bila dia melepasi bucu, matanya menyinar bila nampak dia berdiri di situ berketerampilan seperti selalu... sempurna.
“Micah,” bisiknya merasa seperti mahu menangis. Pada mulanya langkahnya perlahan, tapi makin hampir, lebih laju dia berlari sehingga tanpa rasa takut dia melontarkan dirinya ke Micah, hampir menyebabkan mereka berdua jatuh ke belakang di tangga itu.
Damon berpusing bila nampak mata Micah terbeliak pada sesuatu di belakangnya. Dia tidak terkata melihat Alicia berdiri di situ memegang tuala di kelilingnya... rambutnya basah dan air masih menitik ke lantai kayu. Dia memeluk tubuh dan menyandar ke dinding bila pandangannya mengikut pergerakannya merentasinya menuju ke lelaki yang dicintainya.
Damon menurunkan pandangannya, membuatkan hujung rambut depannya menyembunyi matanya. Pandangannya menjadi tajam bila Alicia memeluk Micah erat, memberi maksud baru pada lompatan kasih. Tuhan masih sayangkannya bila Alicia tidak merangkul kakinya keliling pinggang Micah... walaupun gambaran tuala itu ternaik ke atas amat berharga.
Micah memeluk Alicia sehingga dia terangkat seperti pelukan beruang. Dia menutup matanya dan hanya memeluknya buat seketika. Yang pertama dia rasa ialah kulitnya yang lebih panas darinya. Dia menekan muka ke bucu lehernya mushkil kenapa suhu Alicia amat tinggi.
Ini adalah suatu lagi perkara untuk menyalahkan Quinn. Dia cuma hilang dua minggu dan mereka membuat Alicia sakit. Micah mengerut, tidak ingat Alicia pernah jatuh sakit.
"Adakah kamu demam?" tanyanya sambil meletaknya kembali ke kaki. Dia tersenyum melihat Alicia masih lebih rendah darinya, walaupun dia berdiri satu anak tangga ke atas, tapi matanya tertumpu pada kesan gigitan yang belum pulih di lehernya. Dia menolak rambut Alicia untuk melihat lebih dekat tapi sebelum dia sempat berkata apa-apa, Alicia menolaknya.
"Kamu ni dah gila", Alicia mengesat air mata yang mengeruhkan pandangannya. "Malam semalam saya fikir kamu hampir mati... dan sekarang?" dia memegang pipinya mahu sangat menciumnya. "Bagaimana kamu berdiri di sini sangat sihat?".
Pintu hadapan terbuka dan Micah menoleh ke atas bahunya dan nampak Michael dan seorang lelaki berambut perang memandangnya.
Alicia mushkil bahawa tuhan mempermainkannya bila dia memilih waktu itu untuk teringat dia lebih bogel dari tidak. Perubah bentuk selalunya tidak kisah perkara seperti itu seperti manusia, tapi dia masih rasa efek dari mimpi yang dialaminya beberapa minit yang lalu.
Memandang pada Michael, dia boleh lihat kehangatan sertamerta dari pandangannya kemudian menahan nafas bila pandangannya turun ke dadanya.
Micah bergerak menutup adiknya dari pandangan lelaki-lelaki di bawah. Kemudian dia menoleh ke atas pada Damon. Penglihatannya lebih baik dari yang lain. Yang peliknya, Damon bukan memandang ke Alicia. Tetapi, renungannya tertumpu pada tangan Micah yang masih memegang Alicia.
Merasa dicabar secara senyap, mata Micah bercahaya keemasan bila terbuka luas. Micah berfirasat dia sedang memandang ke empunya kesan gigitan yang ada pada Alicia.
Kane sahaja yang sedar bahawa Michael sedang kaku dan Damon nampak seperti bersedia untuk membunuh. Kane cepat-cepat mencari jalan untuk menenangkan suasana tegang itu. "Alicia yang manis... saya rasa kamu terlupa sesuatu penting di tingkat atas". Dia tersengeh.
"Saya tidak akan pergi", kata Micah sentiasa memandang Damon, "Pergi tukar pakaian sementara saya bercakap dengan Michael".
Alicia cepat-cepat cium pipi Micah kemudian berpusing naik ke atas. Dia hampir tersalah langkah bila nampak Damon cuma beberapa kaki darinya. Bajunya terbuka dan seluarnya berzip tapi tidak berbutang, membuatnya londeh di bawah pinggang. Dia rasa pipinya merah membara bila teringat mimpinya bermain seperti wayang kotor.
Riak matanya bila bersetentang mata ialah gelap dan bahaya... dibasahi ketegangan seksual. Dia berharap ianya cuma imaginasinya tapi dia rasa pandangan itu mengekorinya semasa lalu dan menaiki tangga hingga ke atas.
Micah bukan keseorangan melihat pertukaran pandangan antara Alicia dan Damon. Ianya memaksa Kane menyiku Michael sebelum perhatiannya bertukar ke lelaki yang sedang turun tangga. Berjabat tangan dengan harimau bintang itu, dia mengangguk ke arah ruang tamu, "Saya pasti kamu ada soalan".
"Jika dia tiada saya ada", ujar Kane mahu mengeruhkan keadaan. Dia merungut sebelum ini tentang mendengar fikiran orang lain, tapi masa ini membuatnya sangat berbaloi.
Yang kelakarnya ialah Damon tidak tahu yang Micah dan Alicia adik beradik... tapi dia beri kepujian pada Damon kerana berjaya menilik keinginan bukan bersifat adik beradik dari Alicia pada abangnya yang tidak tahu menahu itu. Tapi, jika mimpi yang Alicia dapat sedikit masa lalu itu jadi penentu... ianya akan sukar untuk Michael atau Damon menukar minda Alicia.
Michael terkebil cuba melenyapkan gambaran Alicia memakai tuala dari kepalanya supaya dia boleh menumpukan perhatian. Dia mahu yang terpenting dibincangkan dahulu. "Saya tidak jangka melihat kamu di luar katil seawal ini".
Kane terdengar degupan jantung Michael menjadi laju dan mushkil tentang itu. Cuba mendengar fikirannya, dia kecewa mendapati ianya senyap sangat. Baiklah, si kecil Michael ini menyimpan rahsia.
"Saya pun tidak tahu", jawab Micah jujur kemudian bertukar topik, "Saya sangka kamu tinggal seorang".
Kane mengulung matanya bila mendengar Michael mengeluh lega.
Di tingkat atas, Alicia berlari ke bilik air di mana dia tertinggal pakaiannya. Mengerut pada apa yang dipilihnya untuk pakai, dia memutuskan ianya tidak cukup bagus. Micah kata dia tidak akan pergi dan dia percayanya, jadi dia kembali ke bilik tidurnya untuk mencari sesuatu yang lebih baik. Dia akhirnya mengeringkan rambut dan memakai sedikit solekan sebelum berpuas hati.
Dia melihat ke cermin dan nampak pipinya masih merah dan matanya terlebih bersinar. Melambai tangannya seakan cuba menghilangkan fakta itu, dia berpendapat ianya kerana dia gembira abangnya sudah balik dan sihat sejahtera.
"Itulah yang sepatutnya", Alicia mengomel