Название | Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah) |
---|---|
Автор произведения | Amy Blankenship |
Жанр | Ужасы и Мистика |
Серия | |
Издательство | Ужасы и Мистика |
Год выпуска | 0 |
isbn | 9788835427674 |
Melihat satu peluru tersembul separuh jalan di dadanya, dia mencungkilnya keluar. Dia mengenggam tiang katil sekuat hati dengan tangan lain sehingga kayu itu merekah dan pecah. Jika tidak kerana meminum darah serigala tadi, dia akan melutut menjerit sekuat-kuat hati sekarang. Bila difikirkan, dia mungkin tidak mampu keluar dari vila itu.
Darah paranormal ada kuasa tambahan dari darah manusia, tapi yang jelas jika dia mahu pulih lebih cepat, dia perlu lebih lagi darah. Tiada siapa yang pernah menuduhnya seorang penyabar.
Dengan berdengus, Damon menjatuhkan peluru itu ke lantai dan pergi ke almari baju untuk mencari baju baru. Yang ada cuma baju sejuk... dia ambil yang hitam dari penyangkutnya dan pakainya sebelum menuju ke pintu beranda.
Alicia perlu tekap tangan ke mulut untuk tidak menjerit bila dia nampak kecederaan teruk di dada Damon. Ada lubang peluru yang masih berdarah dan ada yang masih menolak peluru keluar dari kulitnya. Patutlah dia terketar bila dia memukul Damon. Dia rasa sakit di dada. Macamana dia boleh jadi begitu kejam?.
Dia mula untuk buka pintu itu tapi kaku bila Damon berpusing dan ambil baju sejuk dan memakainya. Dia betul-betul mahu menangis bila nampak darah di belakang Damon, yang lebih teruk dari dadanya. Berapa kali dia memukulnya di belakang sebelum sampai ke biliknya?. Lutut Alicia terasa longgar memikirkannya.
Bila Damon mula melangkah ke pintu beranda, dia cepat-cepat ke tepi dan berpusing, menyandar pada dinding antara dua pintu berkaca itu. Meletakkan tangan ke dadanya yang tidak cedera, dia menahan nafas dan berharap Damon tidak keluar dan menangkapnya merisiknya.
Kepanikannya bertukar kepada kesakitan... kemudian kemarahan dan kebingungan. Damon bohong semasa di vila itu... darah itu sebenarnya kepunyaannya. Kenapa dia buat begitu?. Kenapa lindungi dia dan tidak beritahu bahawa dia cedera?. Dia boleh terbunuh... untuk apa?. Selamatkannya?.
Mata Alicia terbeliak bila pintu beranda terbuka tiba-tiba dan Damon melompat ke tepi selusur yang tebal itu memandang ke jalan di bawah. Dia mengimbang dirinya di selusur tapi, sebelum melompat, dia dapat rasa kehadiran Alicia di belakangnya. Dia dapat rasa emosi yang melanda Alicia dan mengeluh... dia penat dan cedera dan tidak mahu bergaduh dengan Alicia lagi malam ini.
"Michael padam memori mereka bahawa kamu ada di sana malam ini. Jika kamu berkejar ke Micah sebelum mereka memanggilmu... kamu akan merosakkan semua yang dia buat untuk membantumu. Jika kamu tidak mahu tinggal di sini untukku... setidaknya buatlah untuk Michael". Setelah berkata itu, Damon melompat dari beranda dan turun ke rumput di bawah.
Alicia tergamam dan meluru ke selusur batu itu, melihat ke bawah bila dia bergelut seperti orang buta. Matanya terbeliak dan mengenggam selusur bila sedar yang pergelutan buta Damon bukan sebab dia tidak boleh melihat. Tangan Damon mencapai sekelilingnya seakan menarik bayang-bayang, guna ia untuk menyelimuti dirinya... kemudian ghaib sebelum sampai ke tanah.
Alicia mencari dalam kegelapan untuknya, bersedia untuk meninjau rapat apabila nampaknya, tapi tidak jumpa apa-apa... tidak ada pun bunyi tapak kaki. Dia rasa bersalah padanya dan kesakitan yang dia alami untuknya malam ini.
Dia memeluk tubuh tiba-tiba rasa kesunyian yang dia tidak bersedia untuknya dan berharap sangat dia tidak pergi. Dia perlu minta maaf padanya... dia mahu berterimakasih dan dia juga mahu pukulnya lagi kerana tidak beritahu dia cedera. Kemana dia pergi?. Apa yang langsuir buat bila cedera?.
Damon mahu dia duduk diam dan buat apa yang Michael suruh. Mengeluh, dia putuskan untuk turut perintah itu kali ini... tapi dia bukan buatnya untuk Michael.
Berpusing dari selusur itu, Alicia pulang ke biliknya dan duduk atas katil. Dia merenung telefon seketika mushkil apa patut dia buat jika ia berdering. Patutkah dia jawab?. Bagaimana kalau ia bukan Michael?. Bagaimana jika ianya Warren atau Quinn memanggil Michael dan dia yang jawab telefon?.
Damon betul... dia cukup terhutang budi pada keduanya untuk tunggu sehingga pagi sebelum membuat apa-apa keputusan atau buat sesuatu yang tidak sepatutnya. Dia ingat kekerasan suara Michael bila beritahu Damon untuk membawanya pulang. Tiada siapa mahu dia di situ kecuali Damon... satu lagi perkara yang dia berterimakasih padanya.
Mahukan masa berlalu lebih cepat, dia bangun dan tukar pakaian ke baju tidur nipis. Menarik selimut di katil, dia baring dan cuba tidur. Diaa berasa panas walaupun pintu beranda terbuka untuk angin sejuk masuk. Dalam sejam, dia berpusing-pusing dan akhirnya angkat tangan untuk mengesat peluh di dahinya.
Kulitnya juga terasa panas dari sepatutnya jadi dia tolak selimutnya ke tepi untuk menyejukkan dirinya. Mula kehampaan, dia membungkus selimut itu menjadi seperti bantal peluk yang panjang kemudian berpusing ke sisi, memeluknya dan mengepit satu kaki di atasnya. Dia menjungkit-jungkit pada selimut itu, suka rasa ia di antara pehanya dan memeluk ia lebih erat.
Mata Alicia terbuka bila dia kenal gejala yang dilaluinya. Dia ada terbaca mengenainya dan lihat seorang kawannya di sekolah yang melaluinya.
"Tidak..." bisiknya merasa ketakutan dalam dirinya cuma memikirkannya. "Tolong jangan biarkan saya dalam kehangatan".
*****
Damon berlari dalam bayang-bayang merentasi bandar, meluru ke tempat paling kotor dan gelap mencari sesuatu atau seseorang yang boleh dibunuh. Dia cuba melupakan Alicia dari mindanya tapi setiap minit dekat bersamanya, lebih dalam dia merangkak ke bawah kulitnya. Yang peliknya ialah... dia suka Alicia di situ.
Dia membina dirinya tidak kisah tentang apa-apa... atau sesiapa. Dia juga berbangga dengan peraturan sendiri untuk mengambil apa yang dia mahu. Dia mahukan Alicia dan Alicia tidak sepatutnya menggoda seorang iblis sepertinya. Bila dia jatuh dari beranda itu, dia berharap Alicia cukup pandai tidak mengikutinya. Nasib baik, gadis itu tahu sedikit tentang penjagaan diri.
Dia akhirnya sampai ke tempat yang ditujuinya: tempat tidak terurus di Los Angeles. Damon melurut ke sudut gelap kaki lima, tersengeh bila kereta polis memandu di tepi dan semua orang hilang. Bila polis hilang dari pandangan, gelandangan bumi akan keluar dari persembunyian dan keadaan akan kembali seperti biasa.
Damon menyingai ke dua wanita berpakaian menjolok mata dan terus berjalan bila mereka mengodanya dengan lengguk mereka. Mungkin beberapa minggu lepas dia boleh melakukannya, tapi sekarang... dia tidak berselera dengan perempuan. Memikirkan untuk minum dari mereka membuatnya rasa sedikit sakit.
Berpusing di simpang, Damon nampak dua orang jahat di hadapan dan mereka melihat ke arahnya semasa dia datang dekat. Sekarang inilah yang dia nantikan.
"Bagaimana kamu", seorang tanya dengan suara garang. Tangannya di dalam poket jaketnya berharap untuk jualan dadahnya. Bila dia ternampak mata liar Damon, dia memutuskan untuk tidak menjual kerana orang ini mungkin sudah dapat dadah di tempat lain.
Damon tidak jawab dan sambung berjalan. Dia tahu apa akan jadi dan tidak sabar untuk itu. Kedua lelaki ini mungkin raja jalan ini dengan otot yang berketul dan mata yang gelap dan tiada emosi. Dia boleh bau darah lama di pakaian mereka dan nampak kesan di buku lima yang ada pada pembuli. Ya, mereka mungkin lagenda dalam minda mereka.
“Hey,” yang kedua jerit, "Kawanku tanya kamu".
"Dan kesenyapanku sepatutnya menjadi amaran padanya saya tidak berminat". Damon beri amaran kemudian menoleh pada mereka. Dia tersengeh jahat, taringnya bersinar pada lampu jalan yang malap bila mereka nampak anak matanya yang merah. "Tetapi, makan malam dengan kedua-dua kamu nampak bagus".
Damon bergerak cepat, mencapai yang pertama dan menyedutnya kering dalam masa kurang seminit. Dia berpeluh dari kesakitan bila lebih banyak peluru mula ditolak keluar dan jatuh ke tanah dengan bunyi besi terhantuk. Mendongak ke atas, dia ketawa berdekah-dekah sebelum melepaskan mangsa yang mati jatuh di kakinya.
Gema dari yang kedua berlari pergi mencuri perhatiannya dan Damon meluru padanya, sekali lagi menyelimuti dirinya dengan bayang-bayang sebagai samaran. Kesakitan dan adrenalinnya pada tahap tinggi.
Dia sampai ke lelaki punk gemuk itu dan meninjaunya seketika, suka pada bau ketakutannya. Bila mangsanya mula memperlahankan diri, Damon tergelak dalam gelap membuatnya lagi semula lebih laju. Ya, inilah yang diperlukannya... membuang dari dunia beberapa manusia tidak berguna sambil mengambil darah yang diperlukannya