Название | Lawatan Sekolah Megan |
---|---|
Автор произведения | Owen Jones |
Жанр | Сказки |
Серия | |
Издательство | Сказки |
Год выпуска | 0 |
isbn | 9788835422204 |
1 LAWATAN SEKOLAH
2 MEGAN
Panduan Roh, Hantu Harimau dan Ibu yang Menakutkan!
oleh
1 OWEN JONES
Diterjemah oleh
1 Amirah Ruslan
1 HAK CIPTA
Hak Cipta © 25 Januari 2021 Owen Jones
Diterbitkan oleh
Megan Publishing Services
http://meganthemisconception.com
http://meganthemisconception.com/ Hak Owen Jones untuk dikenali sebagai pengarang karya ini telah ditegaskan menurut seksyen 77 dan 78 Akta Reka Bentuk Hak Cipta dan Paten 1988.
Dalam karya fiksyen ini, watak dan peristiwa sama ada hasil daripada imaginasi pengarang atau digunakan sepenuhnya secara fiksyen. Beberapa tempat mungkin benar-benar wujud, tetapi peristiwa itu benar-benar rekaan.
1 DEDIKASI
Edisi ini didedikasikan kepada abang saya Gareth, yang banyak membantu saya dan keluarga Thailand saya lebih daripada yang dia sedari pada tahun 2013 setelah seorang rakan yang dipercayai berusaha keras untuk menjatuhkan kami.
Karma akan membalas semua orang dengan adil.
Hubungi saya di:
http://facebook.com/AngunJones
http://twitter.com/owen_author
Sertai buletin kami untuk maklumat dalaman
pada buku dan penulisan Owen Jones
dengan memasukkan alamat e-mel anda di sini:
http://meganthemisconception.com
Novel lain dalam siri yang sama:
1 Siri Megan
Panduan Roh, Hantu Harimau dan Ibu yang Menakutkan!
Kesalahfahaman
Megan yang Ketiga Belas
Lawatan Sekolah Megan
Peperiksaan Sekolah Megan
Pengikut Megan
Megan dan Kucing yang Hilang
Megan dan Datuk Bandar
Megan Berdepan Ejekan
Lawatan datuk dan nenek Megan
Ayah Megan Jatuh Sakit
Megan Pergi Bercuti
Megan dan Pencuri
Megan dan Penunggang basikal
Megan dan Perempuan Tua
Kebun Megan
Megan Pergi Ke Zoo
Megan Pergi Mendaki
Megan dan Pertandingan Memasak W. I.
Megan Pergi Menunggang
Megan Pergi Belayar
Megan di Karnival
Megan pada Krismas
1 ISI KANDUNGAN
Penghargaan
1 Lawatan Sekolah
2 Pengajaran dalam Emosi
3 Undian
4 Gua Prasejarah
5 Teori Manusia Gua
1 PENGHARGAAN
Kepada isteri saya, Neem untuk semua pertolongan dan nasihatnya dengan penutup dalam siri ini dan kepada Rachel Maduro, yang telah membuat sketsa semuanya dengan tepat, menjadikannya suasana yang tepat setiap masa, walaupun dengan begitu sedikit maklumat untuk diteruskan.
Saya tidak tahu bagaimana dia melakukannya.
1 LAWATAN SEKOLAH
Menjelang akhir April, guru tingkatan telah mengumumkan kepada setiap kelas, bahawa lawatan sekolah akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi bagi mereka yang memenuhi syarat dan yang mendapat keizinan ibu bapa mereka untuk pergi. Ini tidak berlaku setiap tahun, kerana lawatan seperti itu tidak dibiayai oleh pihak berkuasa. Wang tersebut perlu dikumpulkan oleh murid, ibu bapa mereka dan kakitangan sekolah. Mereka biasanya berjaya pergi ke suatu tempat dalam tempoh dua ke tiga tahun, walaupun ia tidak terlalu jauh. Bagi sebilangan kanak-kanak, ini adalah satu-satunya percutian yang mereka dapat.
Puan Henshaw, guru tingkatan Megan membuat pengumuman selepas perhimpunan dan pendaftaran pagi:
"Seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Hughes, pada awal pagi tadi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengumpulkan wang yang cukup untuk membolehkan kami membawa kamu, sesiapa di antara kamu yang tidak pernah diberi penahanan dalam tempoh dua belas bulan yang lepas, sehingga hari ini.
"Encik Hughes telah mencadangkan tiga destinasi untuk lawatan ini dan telah meminta saya untuk memberitahu kamu sekarang. Jadi, adakah kamu akan mengeluarkan buku catatan kamu dan mencatitnya sekarang, sila:
Nombor 1: tapak pertempuran kuno.
Nombor 2: tapak agama kuno.
Nombor 3: tapak kepentingan prasejarah.
"Encik Hughes mahu kamu memikirkan tempat mana yang ingin kamu lawati dan mungkin membincangkannya dengan ibu bapa kamu. Kamu diberi masa sehingga Isnin pagi untuk memikirkannya, kamu akan dapat menyuarakan cadangan apabila perbincangan ringkas diadakan selepas perhimpunan pagi.
"Walaupun destinasi sebenar dari ketiga-tiga pilihan ini tidak diberitahu, sebagai unsur kejutan untuk lawatan sekolah, kamu boleh meyakinkan ibu bapa kamu bahawa kita akan berada dalam negara ini - sebenarnya di daerah ini. Kami tidak mengumpulkan wang yang begitu banyak, tetapi mana sahaja yang kamu pilih, saya pasti ia akan menjadi hari yang menggembirakan buat kita dan, ya, jika kamu tertanya-tanya mengapa saya terus mengatakan 'kami', saya akan turut serta dalam lawatan ini dengan kamu.
"Destinasi dengan undian terbanyak akan dipilih untuk kita kunjungi pada minggu berikutnya. Baiklah, sekian saja, sila ikuti pelajaran pertama anda dengan senyap dan secepat mungkin tanpa berlari di koridor, kerana jadual kamu sekarang agak ketinggalan kerana pengumuman itu. Terima kasih kelas ".
Semua orang menyukai Puan Henshaw, yang merupakan wanita berambut beruban dan kurus dalam linkungan awal lima puluh-an. Beliau mempunyai sifat kelakar, tetapi beliau memberikan penjelasan yang tegas seperti seorang jutawan yang berusaha untuk tidak merosakkan anak-anaknya dengan wang saku terlalu banyak. Puan Henshaw mementingkan kesopanan, tetapi beliau tidak menghalang untuk berjenaka.
Kelas bersurai untuk meneruskan pembelajaran waktu pertama mereka pada hari itu. Ada yang masih berada di tempat itu sementara yang lain harus pergi ke bilik tingkatan lain untuk sertai guru lain.
∞
Megan, dan, boleh dikatakan bahawa, semua orang di sekolah sangat gembira dengan lawatan sekolah yang akan datang. Ia adalah kegembiraan pada hari itu dan setiap orang membincangkannya pada setiap masa. Dia tidak sabar untuk pulang ke rumah membincangkannya bersama ibu bapanya, kerana dia benar-benar tidak pasti ke mana dia mahu pergi. Pada masa ini, Megan hanya dapat memikirkan betapa menyeronokkan cuti sekolah dengan menaiki bas ke suatu tempat; seharian keluar bersama rakan-rakannya.
Ketika dia sampai di rumah, Megan melakukan rutin menggantung